Salam jumaat semua, di pagi yang cerah dan tenang ni,diri ni terasa sangat bersemangat nak buat kek tapi masih xtahu nak buat kek apa. Disebabkan terlalu banyak kismis yang lebih masa buat kuih raya hari 2,tergerak la hati nak buat kek buah. Bahan-bahan semuanye memang dah ada sebab banyak lebih masa raya hari 2.
So for the first time buat kek buah nie,kene la kaji dulu resepinye. Jadi resepi nie di ambil dari buku resepi mak tercinta.
Bahan-bahan:
225 gm mentega
340 gm gula pasir~boleh dikurangkan mengikut citarasa
50 gm air panas
500gm buah campuran
3 biji telur
1sk esen vanila
Bahan perlu diayak:
1sk cream of tartar
2sk soda bikarbonat
350 dm tepung gandum
Cara-cara:
- sediakan kukusan dan air kukusan.
- masakkan gula smpai perang, tuangkan air perlahan-lahan. gunakan api yang kecil kemudian masukkan mentega,kacau sehingga cair. setelah cair masukkan buah campuran dan biar sehingga mendidih. apabila sudah mendidih, sejukkan.
- masukkan bahan yang telah diayak kedalam campuran gula tadi sedikit demi sedikit.
- pukul telur menggunakan hand mixer, tuangkan telur yang telah dipukul kedalam adunan. kacau sehingga sebati.
- griss loyang yang hendak digunakan,masukkan adunan tadi dan kukus selama 1 jam. pastikan air telah mendidih dan apabila kek sudah masak, biarkan sejuk di dalam pengukus bagi mengelakkan buah campuran mendap ke bawah.
:):):):):):):):):):) Selamat mencuba :):):):):):):):):):):)