nuffnang ads

Friday, September 27, 2013

sehina-hina khinzir

As salam

Dengan rahmat air hujan, tergerak hati nak join mak tengok tv petang td,al-kuliyyah live dari sarawak. Tajuk die dosa percuma. Nowadays, nothing cant get free and easy but every one start to forget about free dosa,termasuk la saya.

Dosa percuma terbahagi kepada 3:

Dosa percuma yg besar~ dosa percuma yang besar tak kan dihapuskan melainkan kita meminta maaf. Dosa nye seperti mengumpat.

Dosa percuma yg kecil~ dosa ini dapat dihapuskan dengan mengambil wuduk. Dosa nye seperti melihat aurat.

Dosa percuma yg berpanjangan~ dosa ini juga tidak akan diampunkan jika tidak meminta maaf. Dosa ini seperti mengguris hati orang lain.

Dari pengalaman ahli penal 2, semasa ustaz tersebut pergi berdakwah di pendalaman. Sewaktu perjalanan ke kampung tersebut ustaz tersebut telah dikepung oleh sekumpulan khinzir. Ustaz tersebut bercakap kepada khinzir tersebut.

Ustaz:wahai khinzir,aku merasakan bahawa aku lebih hina daripada mu,walaupun kau dijadikan sebagai haiwan yg hina,Kulitmu dijadikan haram,dagingmu dijadikan haram tetapi engkau redha. Berilah laluan kepadaku bagi aku menyampaikan agama Allah.

Khinzir tersebut telah mengangguk dan memberi laluan kepada mereka. Sehina -hina khinzir namun andai kita menghormatinye,pasti die akan menghormati kita juga. Janganlah kita sesekali menghina makhluk Allah kerana boleh jadi kita lagi hina daripadanye.




Renung-renungkan lah.

No comments:

Post a Comment